Tuesday, August 11, 2015

Assalamualaikum semua...hihi
Alhamdulillah..akhirnya sy ingat jgak yg sy ni ada blog rupenye...hihi, sy ni bknnya kaki blog pn..blog ni ada pn sbb assignment pnya psal, kalu x, mmg x meqasa la sy nk ada blog...ingat tu nk buat jgak blog lain, xnak cmpur, tpi pkir2 balik, xbaik membazir..hihihi, xde la, klu sy guna blog ni balik, input2 sblom ni xla hilang or lupa, at least ada jgak knangan assignment sy masa kt U..hihihi

Ckup la tu muqaddimah yg x sberapa tu...
Meh sini nk flashback ckit apa yg aq buat sblom2 ni...
Alhamdulillah, msa aq dok buat blog ni, aq tahun 3... Dan skrg alhamdulillah, aq dpat grad dan dah pn konvo blan 11 thun lpas...
Slpas abis praktikal, rehat sat dlam 2 blan mcm tu, lpas tu alhamdulillah, aq dpat keje..keje biase2 je...aq keje kat nursery...jaga bdak2...mula2 pkir jgak nk accept ke x job ni, boleh ke x aq buat, tpi mak aq ckap, terima je dlu, jgn memilih, sbb skrg ssah nk dpt keje, klu terima yg ni, at least ada jgak keje dari 'TLDM' je...(Tidur, Lepak, Dan Makan laa..hihi..)..
Aq stuju jgak ckp mak aq tu..jadi aq terima je la job tu...Ya Allah..bestnye keje kat situ, mcm2 ilmu dan pngalaman yg aq dpat...nnti aq ceqita in the next post ye..
Slpas bbrapa blan keje kat situ, aq kna tlong pak teh aq plak.. Tlong ngajaq bdak2 Pasti.. Pasti tu baqu bkak, pak teh aq tu salah seorg drp mereka2 yg mnubuhkan pasti tu...ckgu yg ngajar sblom ni, nk brsalin, jadinya pak teh aq minx tlg aq la ngajaq bdak2 ni...rasa brsalah jgak la nk trima pn, sbb masa tu aq still lgi keje kat nursery..dok pikir2 bnyk kali, aq terima je la..skrg ni masih lgi dlam pnyesuaian diri, sbb aq xtaw apa2 lgsung psal ngajar bdak2 ni...pnya la bgi excuse 'xtahu nk ngajar mcm mna' kat pak teh aq..skali dy blas 'alaa..ngajar je la, ape ssah'..allahu akbar...
Aq pn cntact la blik ustazah yg ngajaq sblom ni...alhamdulillah, ustzah tu pn bnyk mmbntu, dtambah plak dgn bdak2 yg cerdik pndai ni, depa ska sngat dok mngusik, tnya mcm2 kat aq...pnat aq nk mnjawab...huhuhu..
Laa ni..di samping aq dok qeja, aq ada la buat biz skit..biz apa..? Nnti aq ceqita...

Bnyak bnda aq nk ceqita...ceqita psal aq keje kat nursery, psal aq keje kat pasti dan psal biz yg aq buat...
Syok jgak no tulis dlam blog ni..haha..rusa masuk kampong btol la aq ni...well, that is me..
Ok la, next post maybe i will tell you about my experience at nursery...
Aktiviti cuti sekolah

Wednesday, May 15, 2013

Upin & Ipin

Upin & Ipin

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011. Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2013.

Sejarah

Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Nizam, Safwan dan Usamah merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.

Nizam percaya bahawa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa. Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.
 
Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian CGI Autodesk Maya. Di sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."

Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Kata Safwan, "Kami memulakan siri animasi empat minit ini untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksinya kepada kebolehan penceritaan kita." Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.

Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemubual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat." Oleh itu, Upin & Ipin dan Kawan-kawan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010.
 
Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Pada bulan September, Nizam, Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi Upin & Ipin masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.
 
Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.

Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin.
 
Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.

Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.

siapa yang tak tahu pasal cerita ni... memang tak tahu la nak cakap apa...kartun ni memang best... sebab kartun sesuaidengan semua lapisan masyarakat...