Upin & Ipin

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9
(Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan
mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen,
bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011. Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2013.
Sejarah


Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian CGI Autodesk Maya.
Di sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka
Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih
perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman
menggunakannya sebelum ini."


Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula
ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil
kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Pada bulan September, Nizam,
Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi Upin & Ipin masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.
Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.
Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah
Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin &
Ipin.

Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.
siapa yang tak tahu pasal cerita ni... memang tak tahu la nak cakap apa...kartun ni memang best... sebab kartun sesuaidengan semua lapisan masyarakat...
dengan berlatar belakangkan masyarakat kampung yang berbilang bangsa, masyarakat Malaysia dapat menerimanya dengan mudah...malah kartun ini mendapat tempat dihati kanak2 di Malaysia...
kartun ini tidak disiarkan hanya untuk keuntungan semata2...tetapi didalamnya terdapat pelbagai mesej serta pengajaran yang disampaikan sesuai dengan lapisan masyarakat yang ada...
tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam pembuatan kartuan ini, kerana telah mengharumkan nama negara...
p/s: ambil yang baik dan buang yang buruk dari cerita ini...banyak lagicara yang kita boleh buat untuk mengharumkan nama Malaysia...salah satunya dengan cara inilah...
No comments:
Post a Comment