Usop Sontorian
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop
yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam,
Johor. Dia tinggal
bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga.
Kakaknya
gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar
berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang
kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki
seekor ayam yang
selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari
Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain
Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu,
Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain
lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri
animasi pertama di tv Malaysia,
melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh
negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian
adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan
pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari
1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat
daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996.
Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya,
Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
citer ni... walaupun gambar die macam tersangkut2, blur, tapi not bad la... ye la dulu mana ada teknologi macam sekarang...
citer dia lebih kurang macam anak-anak sidek dengan upin ipin jugak...citer kat kampung...citer dia ada macam2 episod yang menarik...kat youtube dah banyak dah...
tahniah kepada pelukis2 yang terlibat dalam citer ni...disebabkan ada kartun macam ni lah, barulah timbul kartun2 yang ada sekarang...
p/s: minat2 jugak kartun ni, tapi jangan lupa setiap mesej yang dipertontonkan harus kita faham...
No comments:
Post a Comment