Wednesday, April 24, 2013

Keluang Man

Keluang Man

Keluang Man ialah satu siri animasi yang popular di Malaysia. Ia mengisahkan seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Watak-watak utama yang menerajui cerita ini ialah:

Borhan / Keluangman
Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.

Samad / Tiungman
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi.

Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin. 

Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.

Dah lama saya tak tengok kartun ni... saya suka sangat kartun ni... tu pun masa saya kecik2 dulu la... saya pun tak tahu kenapa saya suka tengok kartun ni... mungkin sebab termakan ajakan abang saya kot...hehehe

citernya lebih kurang macam batman jugak, tapi citer dalam versi melayu la... tapi yang peliknya, boleh pulak si Borhan ni jadi hero negara, sedangkan dia dari Hospital Bahagia kot... bila dah sebut Hospital Bahagia ni mesti la  dia tu seorang yang tak beberapa nak betol sikit kan...ish3...musykil ni...

p/s: boleh jer nak minat mana2 kartun, tapi jangan terlalu taksub sehingga melalaikan diri sendiri sudah...wallahua'lam...






No comments:

Post a Comment