Ketika Cinta Bertasbih
Sinopsis
Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini diadaptasi dari novel best seller karangan Habiburrahman El Shirazy yang berjudul sama Ketika Cinta Bertasbih.
Ketika Cinta Bertasbih merupakan filem Indonesia terlaris tahun 2009
dengan jumlah penonton 3 Juta orang. Kemudian diikuti sekuelnya, Ketika Cinta Bertasbih 2 yang berhasil meraih 1,5 Juta penonton.
Filem yang menceritakan kehidupan pelakon utamanya Khairul Azzam, seorang
mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University,
Kairo. Cerita yang boleh menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat
bagaimana kerja keras Khairul Azzam yang menuntut ilmu sekaligus berjuang
menampung hidup ibu dan adik-adiknya di kampung. Cerita yang juga boleh
menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam
menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran
agama.
Ketika Cinta Bertasbih 2

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa
“kealiman”, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala
urusan. Dia bahkan susah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Belum
lagi cakapan tetangga yang menganggap bahawa lulusan Al-Azhar University
automatik menjadi ustaz, atau ulama besar. Disebabkan itulah kenapa sang ibu menjadi
gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan,
apa saja yang penting asal bekerja, keluar dari rumah.

bagi saya inilah filem Islamik yang terbaik yang pernah saya tengok...dalam setiap perkara yang mazmumah mesti diatasi dengan perkara yang mahmudah...
setiap lakonan yang dilakukan antara lelaki dan perempuan, langsung tiada aksi bersentuhan walaupun ia merupakan lakonan untuk watak suami dan isteri... ini kerana pelakon itu sendiri bukanlah sepasang suami isteri...
bukan senang nak menjaga ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan dalam sesebuah lakonan tanpa mengabaikan mesej cerita yang ingin disampaikan... tetapi tak mustahil juga, sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan, tambah2 lagi kita nak buat benda yang baik, lagilah dipermudahkan jalan untuk kita...
p/s: jangan mudah berputus asa untuk membuat kebaikan... kerana Allahkan suka kalau kita wat benda baik...
No comments:
Post a Comment