Lagenda Budak Setan
Lagenda Budak Setan ialah sebuah filem tahun 2010 arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel terkenal Ahadiat Akashah sekitar tahun 1985.
Sinopsis

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan
pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering
dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka
sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan
kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan
perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk
berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup
Kasyah pun bermula.
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke
pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah
mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa
bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi
merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui
perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh
kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya,
kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah
kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki
perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh
besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika
memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu
kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi
Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru
hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai
Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan
dari Azmi. Melalui kawannya Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk
bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka
apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana
juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka
kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu
kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu /
Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia di hadapan Mak
Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Dia cedera parah
di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan
Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang
senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan
Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan
anak.
bagi saya cerita ni best, saya tertarik dengan kenakalan Kasyah... dah la nakal, suka buli orang pulk tu... tapi akhirnya nakal dia tu dah hilang, bila dia jatuh cinta dengan Ayu... jadi romantik terus...
saya cuba cari novelnya, tapi tak jumpa pulak...huhuhu... mungkin sebab novel tu dah lama kot, jadi orang dah tak jual lagi dah...huhuhu
citer ni kalau untuk filem ada dua filem...mungkin dia ikut macam novel betol2 la... filem yang pertama bagi saya best, tapi yang kedua ja x best...huhuhu...
No comments:
Post a Comment