Ombak Rindu
Ombak Rindu merupakan sebuah filem genre drama dan cinta dibawah arahan Osman Ali dan mula ditayangkan pada 1 Disember 2011 di Malaysia.
Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz)
dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai
rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang
telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala
Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah
(Azizah Mahzan), pemilik empayar perniagaan Safiah Catering telah
mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan
simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk
menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai
isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh
cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa
menikahi Mila (Lisa Surihani),
kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila
yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan
jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow
Hariz dan merampas kunci kereta dan telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang
Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah
telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa
terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk
Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah
dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya
yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak
angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang
menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk
memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan
menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz
menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Ombak Rindu (Novel)

Sinopsis
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
saya dapat tahu cerita ni pun dari kawan2...diorang cakap best, jadi saya pun cari la kat sape2 yang da download citer ni...bila da dapat, saya pun tengok...
bagi saya cerita ni menarik tetapi ada sesuatuyang pelik sikit... mula2 saya cerita yang menarik dulu ye... yang menariknya hero dalam citer ni Hariz akhirnya boleh jatuh cinta jugak dengan heroin citer ni Izzah... pada mulanya Hariz beli Izzah pun just for fun, untuk jadi perempuan simpanan je... tapi siapa tahu, kuasa Allah, tak de siapa yang boleh menolak...
ada hikmahnya kalu Hariz jatuh cinta dengan Izzah pun... yela, kalau Hariz buang Izzah macam tu je, kesian la kat Izzah, dia dah tak ada sape2 dah nak menumpang kasih...huhuhu
yang peliknya pulak untuk citer ni... kalau nak dibandingkan dengan novel, dalam novel, makcik Izzah tak suka dan benci kat Izzah, tapi kalau dalam filem tak tunjuk la pulak yang mak cik dia tak suka kat dia... pelik tak... dah nama adaptasi kena la ikut cerita yang sebenar...ish3
p/s: sebagai seorang perempuan,
pandai2lah kita menjaga diri... perempuan la yang selalu menjadi mangsa,
walaupun dalam kalangan keluarga sendiri...faham2la ye...
No comments:
Post a Comment