Wednesday, March 20, 2013

Adam & Hawa

Adam & Hawa


Assalamualaikum semua...
Haa... hari ni punya topik lagi best... Kali ni saya nak cakap pasal drama Adam & Hawa yang meletop kat Astro pada bulan Ogos tahun lepas. Drama yang mempunyai 80 episod in merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama karya Aisya Sofea. Bagi cerita ni sangat menarik walaupun ianya cuma drama adaptasi tetapi mampu menarik perhatian orang ramai. Mesti la mampu menarik perhatian orang, sebab tengok la pelakon lelakinya siapa... Aaron Aziz kot, lepas tu sampai ada yang pakai lagu tema citer ni sebagai ringtone handphone diorang kot... Apa kata kita baca dulu sinopsis dia macam mana, menarik ke tak...huummm...

Sinopsis

Novel ini mengisahkan mengenai seorang remaja bernama Ain Hawani, pelajar lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz untuk sementara waktu menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran ke menara gading.

Ketika bekerja di situ, Ain telah bertemu dengan Adam, membuatkan dia jatuh cinta pandangan pertama. Adam ialah seorang juruterbang syarikat MAS, kacak dan suka berkawan dengan wanita.

Namun, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.
 
Memang betul la citer ni best. Tapi tak tau la dalam bentuk novel macam mana pulak bestnya. Sebab saya mula tau citer ni pun masa saya tengok drama ni kat rumah mak cik saya. itupun saya tak tahu yang citer ni adaptasi dari novel...hihihihi...

Watak-watak dalam citer ni menarik sekali. Terutamanya watak Adam. Sabar sungguh dia menunggu Ain. Lapan tahun kot. Lama giler tu... Tapi yang tak berapa bestnya watak Ain tu... Terima je la yang dia tu dah jadi isteri orang. Macam la Adam tu jahat sangat. Memang la Adam tu suka berkawan dengan wanita, tapi tak semestinya Adam tu jahat sampai Ain benci kat Adam sangat2... Tapi apa2 pun, it is just a story... Mungkin ada juga yang mengalami seperti ini...

Oleh itu, bagi sesiapa yang sudah berkahwin tu, terutamanya si isteri, pandai2lah jaga suami, bahagiakan mereka, setia, taat dan patu pada mereka selagi tidak melanggar hukum syarak... Tapi bagi si suami pulak, kenalah hargai isterimu... Sebab isterimu sudah menjadi tanggungjawabmu, kalau salah bimbing, berat nak jawab dalam kubur nanti... Pesanan ini untuk semua orang termasuk diriku...hihihi

p/s : syurga isteri terletak bawah telapak kaki suami taw. nak syurga, taatlah pada suami...

No comments:

Post a Comment