Drama bersiri Nora Elena
Assalamualaikum semua...
Hari ini saya nak berbincang pasal drama Nora Elena. Mesti anda semua tahu kan pasal drama ni... Ala drama yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci tu... Siapa yang baca novel tu tahulah...hihihi... Apa yang menarik minat saya pasal drama ini ialah dia punya jalan cerita... Jom kita baca macam mana dia punya sinopsis...
Sinopsis
Nora Elena merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu
novel popular terbitan Karangkraf Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen
Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita
bernama Nora Elena (Siti Saleha)
yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10
tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut,
kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal
mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).
Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini
menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah.
Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora
Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora
mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.
Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan
jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah
perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan
Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan
yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan
tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin
suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan
di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan
setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan
perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan
yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan
akhirnya terbongkar? http://ms.wikipedia.org/wiki/Nora_Elena
Apa yang saya nak bincangkan kat sini ialah mengenai watak heroin dalam citer ni. Bagi saya Nore Elena merupakan seorang wanita yang tabah dalam mengharungi kehidupannya seharian. Bukan senang kita nak melupakan sejarah hitam yang ada dalam hidup kita. Tambah-tambah lagi bila peristiwa tersebut sering menghantui diri kita dan juga melibatkan maruah diri dan keluarga.
Selain itu, saya tak berapa suka dengan watak Idham iaitu tunang kepada Nora Elena. Sebabnya, dia bertindak terburu-buru dengan memutuskan pertunangannya dengan Nora Elena dek kerana terlalu mengikutkan perasaan marah dan cemburu terhadap sifat keramahan yang ditunjukkan oleh Seth Tan kepada Nora Elena. Padahal Seth Tan dengan Nora Elena tu bukannya ada apa2 hubungan istimewa pun.
Satu lagi, watak Seth Tn ini perlu dipuji, kerana tak semua orang boleh buat apa yang dia buat. Ye la, Seth Tan tu bukannya kenal Nora Elena lama mana pun sampai dia sanggup memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Idham. Maka, Seth Tan pun jadilah suami kepada Nora Elena ni. Boleh dikira sebagai gentleman jugak la Seth Tan ni.hihihi..
Oleh itu, kita perlu tabah dalam menghadapi segala ujian kita tempuh. Jangan mudah melatah atau mengeluh terhadap masalah yang kita hadapi sebab setiap sesuatu masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
p/s: ambil yang elok2 je tau dari drama ni, yang tak elok tu jangan ikut...
No comments:
Post a Comment